Tuesday, December 28, 2010
shopping moping awal sem(^^)v
tetibe ley lak teringat nk wat list barang2 keperluan yg perlu untuk dibeli kt tesco mlm nih...
-sabun mandi shower cream(protex-carik kt area murah)
-bedak kompek
-bio oil
-t3 mycin(ubat jerawat wa kalo korang x tau la)
-liquid foundation
-sabun basuh baju
-MEGGI! itu sudah mesti!- megi kari n tomyam kot
-bawang
-beras err...nk bli bpe kg ek??almaklumlah 1st time bwk rice cooker..shhhhh..jgn gtau org len...
-lada merah barang 5 bijik
-telur ayam(yela xkan telo bewak lak)bape bijik ek?
-sardin
-sawi...errr cam x bley plak...mane ade peti sejuk!ish hostel aku nih bilela nk maju??!
-minyak
-biskut iko
-nestum 3 in 1
-nescafe
-susu anlene perissa coklat-utk tulang yg kuat!
-gula
-penyangkut baju-sbb dah patah
biow betull....banyak kot???nk jalan dr usm ke tesco tu bukan dekat meh...ayoo...sape ade kete???huhuhu sila tumpangkan sy..huuu~~~barang mknn share wet ngan rumate aku...hihihi..sharing is caring gituh!hihi
Monday, December 27, 2010
Miss kelazzz gituhhh!!!...(=_=")
dlm hati ade kebun munge~(^^)~
tag ADEK CHUU~~
tempat paling ingin dilawati
Wah!soklan ni x boleh tidak sememangnye menjurus ke arah tempat aku nk honeymoon..jeng3
--->Venice!how romantic...wink2;p
3 perkara tentang diri saye..
1- aku x suke badut....its supposed to b funny...but scary...n lg 1 sbb aku penah mmpi kne kja ngan hantu badut..uhh...x suke x suke!
2- aku x suke lelaki smokers..nak2 yg heavy smokers....kalo kt kedai makan bikin aku sakit pwot..
3- brangan nak kawen ngan lelaki kaye,ade kte sport lamborghini...(bukan lambung begini)...pastu kje sbg marketing eksekutif...dressing kasual..elegant gituh..x bley blah brangan~(^^)~
Wah!soklan ni x boleh tidak sememangnye menjurus ke arah tempat aku nk honeymoon..jeng3
--->Venice!how romantic...wink2;p
3 perkara tentang diri saye..
1- aku x suke badut....its supposed to b funny...but scary...n lg 1 sbb aku penah mmpi kne kja ngan hantu badut..uhh...x suke x suke!
2- aku x suke lelaki smokers..nak2 yg heavy smokers....kalo kt kedai makan bikin aku sakit pwot..
3- brangan nak kawen ngan lelaki kaye,ade kte sport lamborghini...(bukan lambung begini)...pastu kje sbg marketing eksekutif...dressing kasual..elegant gituh..x bley blah brangan~(^^)~
Saturday, December 18, 2010
cuti ke????(=_=")
haha x aman gak aku cuti ek....bru je td wa cek fb...skalinye sesuatu yg irritate aku n hidup aku n percutian aku appear kt home..------->MPDAD(yg post)
Wednesday, November 24, 2010
jajan zaman dolu doluuuuu(^^)
hihihi stakat ni tu je yg aku ingat..bnyak lg yg len...kalo ade lg yg len..sila komen yek...kite same2 refresh blek kenangan zaman budak2...hehehheh
Friday, November 19, 2010
cartoon mood ~(^o^)~weee
Wednesday, November 17, 2010
i lepiu semat!
Tuesday, November 16, 2010
saat aku berjalan tanpa...kaki....(sem2)
gler simple...kui2...almaklumlah...masih jolok cempedak di luar pagar lg...hihihooo..(^^)cmner pon aku tetap appreciate work aku...huahua
rindu kt my lovely2 sibling...
ma...ayah...b'baikla cpt k....T.T
mak....
ayah...
i really luv u both...
Monday, November 15, 2010
Wake up DEYAAAAAAAA!!!!!
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Sunday, November 14, 2010
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah
- dipetik dari Majalah Mastika keluaran Januari '98.
Assalamualaikum muslimin/muslimat,
Secebis kisah untuk sama-sama kita buat pedoman dan panduan dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Haji Mazlan Nasron(salah
seorang yang selalu menguruskan jemaah haji ditanah suci Mekah).
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, Perak. keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit dimana tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang
sedang berlaku.
"badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah,
saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Sari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya, tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "Mazlan ...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"habis yang kakak pergi haji ini?"
"yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"betul Mazlan. semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka.
"kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
"bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi. Setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah. Semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
"selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah.
"masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima. Kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak
taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
"kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya.
"tak apalah Mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.
"semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. ... kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan nabi dalam Al-Quran dan Hadis. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
mak aku lari??????
hari ni aku bangun giler awal..kul10..ahahaha...rase letih lak badan nih sbb tlebey tdo...almaklumlah..baby kne tdo 8 jam..ahaha baby la sgt...huh!aku pn troskan ngan rutin harian aku....tpisat pisat bangun...amik brus gg n facial wash..p blek air...da agak2 sego aku msuk blek..korang jgn tnye sbb aku mmg lm buat kputusan nk mandi tyme nih..sejuk ar...(alasan padahal malas..)ahahaha...pastu..cam bese....bukak sang lappy aku yg tdoq tu...punye la lmbab bukak...cm aku jgak bile bangun tdoq...pastu bukak google chrome..bkk tab....cam bese...facebooking...tagging...blogging...tgh sdp2 tgk movie keinsafan yg telah di share oleh senior kesayangan aku nih tetibe...bunyik baby nanges(facebook sound aku la)...tgk2...adik aku...sazzy diana kt chat window...plek gak aku...whak de hey chat ngan aku time2 camnih??ceh..xbley blah adik aku nih...name nk sazzy sazzy segalak...padahal name farah diyannah...profile pic lak gune gambo miley cyrus...x habis2 pinky2 stuff..girly2 stuff..huh!geli den..ps aku kutok die bley lak tuko gambo justin bibier..aduuuuu...ur profile still yuks yana oi!!!eh2 pehal lak aku lari tajuk nih..ok2...adik aku nih chat ler ngan aku..then..die ckp gini..
sazzy diana : kak nun
aku :ha
sazzy diana : mak
aku :knp ngan mak??
sazzy diana : mak lari
aku :hah??ko bio btol yana..nk bgurau x kene tyme
sazzy diana :btol la....sumpah, demi allah
aku da stat bermonolog da..eh..adik aku nih nk prank aku ke ape..tp xkn die brani nk sumpah2 nih...
then aku tnye blek
aku: pehal lak??
sazzy diana:ayah
aku: ayah wtpe kt mak??
sazzy diana: diorang gadoh...pasal mak salah denga jek...ayah sebut duit blanje..tp mak denga "duit baje"
aku: sbb tu je??dh tu mak lari bwk ape??
sazzy diana: aku xtau sbb aku nga mkn tyme tu...abg ade..
aku:abg mne??aku ol ni x angkat2 pon??
sazzy diana :jgn kol abg
aku pn laju la tpon abg aku...x diangkat..huh!hampeh!lagu ringtone hijau daun 'suara ku berharap' je yg kedengaran..pastu engaged..
aku da mule risau tahap gaban..aku pn lincah ar kol akak aku..
akak :hello
aku:ha!weh,mak mane..pe cter nih???(dgn nada cuakebebeh)
akak:aii??dah sampai ke penang cter??
dlm ht aku------>bley plak die ckp gitu...mak aku jugak tu woiii!!!
aku:yana la gtau...pe cer nih??(still b'gogol nk tau)
akak:ala....kes kecik je...bapak ko la..cam ko xtau...bnde kecik dibeso2kn..mak ko majokla...dh2 jgn isaw..mak ko ade kt pontian nih ngan abg..
fuhhh...lege gler aku dga akak aku ckp camtuh..
aku:ha ok2..pape hal roger coaster aku
akak:ok3..bye2
then aku pn mule menaip mesej kt abg aku..papehal nt mesej blek
x lame pastu akak aku kol...ckp...kesnye camni...sbb yg mak aku slh denga tu je...bapak aku bley marah2 x tntu pasal..mak aku pn mlawan la...pastu ayah aku acah2 cam nk pkul mak aku..abg aku yg mlihat kjadian tu pn sekatla ayah aku..leraikan...hempas2 barang ape sume dh diorg..pastu mak aku tros soh abg aku bwk die...abg aku bley plak ckp camni "baek bos!!" then diorg kuo la meninggalkan bapak aku n adik aku tuh...adik aku plak mengambil kesempatan kuo ke cc...tu yg die chat ngan aku tuh...hampeh pnye adik...keadaan mcm ni pn smpat lagi die bsukak2 kat cc..huh!..
haii....cuak gler aku..ni 1st tyme mak aku majuk camni skali..bapak aku plak ntah kuo ke mane pastuh...masing2 bduka...hmm..aku pn sdih sbnanye...smpai bile bapak aku nk panas baran camtu...sian juge mak aku...kne tahan telinge..tahan hati...but at he same time..aku kesian gak bapak aku kne tinggal camtu sensorang kt uma...aku nk blik pn..exam lg ni..hmm...aku sdey sbnanye...x penah jd sampai camni...hopefully diorang b'baik cepat...amin....
Saturday, November 13, 2010
keagungan kalimahmu.."YA ALLAH'
betapapun kulukiskan keagungan-Mu...dengan deretan huruf..Kekudusan-Mu tetap meliputi seluruh arwah..Engkau tetap yg Maha Agung...sedang semua makna akan lebur...mencair...di tengah keagungan-Mu..wahai Rabku...hanya dgn menyebut kalimah mu..."ya allah"...semua kesempitan..kesuraman..himpitan menjadi tenang dan tenteram..kerana engkau Maha Lembut...:"ya allah"...kalimah yg paling indah...nama yg paling bagus...susunan huruf yg paling indah..ungkapan paling tulus..kata yg sgt bharga...ketika semua cara x mampu diselesaikan...setiap jalan terasa menyempit...harapan terputus,..dan semua jalan pintas membuntu...mereka pun menyeru..."YA ALLAH"...betapa kalimah ini menghimpunkan iman di hati..betapa kalimah ini mendekatkan kita kepadaNYA...betapa kalimah ini menenangkan hati yang sengsara...subhanallah...
pentingnya ilmu ukhrawi....
there's something that i wanted to share with all of you...especially the muslims...last night my uncle died...due to lung cancer...n of course it's due from smoking...but the saddest thing is...not single person in his family..(i mean his own wife, n childs)...cant recite yassin for him...its all because...he's not being a good examples, good guidance in religion...(ilmu akhirat)...n he's not thought them well about it...
so di sini ..kesimpulannya...betapa ilmu akhirat itu penting...betapa didikan agama itu penting untuk anak2...utk isteri...tnpe ilmu nilah..pengakhiran yg camni terjadi...jangan smpai keluarga kamu buta agama,buta jawi,buta alquran dan alsunnah...akhirnya nanti...bila kita mati...keluarga kita sdri x mmpu bacakan yassin utk kita...hanya bgantung pd saudara-mara lain.. tetamu yg hadir...betapa kita seorang ank dan isteri rasa kerugiannya...x dpt utk memberi sumbangan t'akhir dgn bacaan yassin...jgn smpai kaset yassin pula yg diputar..mashaallah...alfatihah buat arwah...
Friday, November 12, 2010
alfatihah...
aku diberitahu pagi tadi yg pak ngah aku meninggal...die mmg da truk da kt hospital hr tu....but aku x dpt nk lawat sbb aku kt sini...semuanya sbb rokok....aku akui die mmg ckup kuat merokok...even da diagnose sakit paru2 but he still smoking...susah bile bende dah jadi habit sejak muda ni...pak uda aku plak...anak dia autisme...so kt sini aku nk kongsikan sket pasal keburukan merokok...utk tauladan semua...
ni la system badan perokok....kalo skali isap trus jd camni kn bagus ek?
ni plak kesan pada bahagian oral involving kerongkong....ish...akak aku nurse gigi die gtau aku org kuat isap rokok ni byk plak gigi..bukan plug letrik tu...karang gigi yang itam2 dok melekat kat gigi n gusi tuh...eeeyuhhhhh..wekkkk...dhla gigi banyak karang gigi..kuning lak tuh..bibir birat semacam..x ensem!siyes!kalo gua da reject awal2...nmpak sgt pengotoq..wekksss!
ha.....ni paru2 korang yg merokok...aku tengok da cam kene simbah ngan minyak itam...so dirty...kalo paru2 korang tu bley mnjerit la kn...da mnjerit lame da...
hah ni aku bagi kesan2 jangka masa pendek ngan panjang merokok nih
Apakah kesan-kesan jangka pendek?
|
Thursday, November 11, 2010
pertama kali dibedah
"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."
"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."
"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."
Bibik dan Telefon
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
Subscribe to:
Posts (Atom)