Friday, November 12, 2010

alfatihah...

MySpace

aku diberitahu pagi tadi yg pak ngah aku meninggal...die mmg da truk da kt hospital hr tu....but aku x dpt nk lawat sbb aku kt sini...semuanya sbb rokok....aku akui die mmg ckup kuat merokok...even da diagnose sakit paru2 but he still smoking...susah bile bende dah jadi habit sejak muda ni...pak uda aku plak...anak dia autisme...so kt sini aku nk kongsikan sket pasal keburukan merokok...utk tauladan semua...

ni la system badan perokok....kalo skali isap trus jd camni kn bagus ek?

ni plak kesan pada bahagian oral involving kerongkong....ish...akak aku nurse gigi die gtau aku org kuat isap rokok ni byk plak gigi..bukan plug letrik tu...karang gigi yang itam2 dok melekat kat gigi n gusi tuh...eeeyuhhhhh..wekkkk...dhla gigi banyak karang gigi..kuning lak tuh..bibir birat semacam..x ensem!siyes!kalo gua da reject awal2...nmpak sgt pengotoq..wekksss!

ha.....ni paru2 korang yg merokok...aku tengok da cam kene simbah ngan minyak itam...so dirty...kalo paru2 korang tu bley mnjerit la kn...da mnjerit lame da...


hah ni aku bagi kesan2 jangka masa pendek ngan panjang merokok nih


Apakah kesan-kesan jangka pendek?





Otak



Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya


Telinga

-

Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak


Mata

-

Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan


Mulut

-

Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak

-

Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut

-

Gigi menjadi kuning


Hidung

-

Mengurangkan deria bau


Kulit

-

Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru

-

Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan



Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks


ape x takut ke korang yang isap rokok nih...leh mati pucuk!mandul!xde nafsu!Kesian la bini2 korang weiii...ahahahah....korang ni mmg tempah maut ler..haiyooo...x kesian ke nanti bini2 korang menjande memude???
ok3....ni aku titipkan sket pasal kaedah utk berhenti merokok yeh...spy korang x mati pucuk...kakakaka...

MySpace

1. Selalu Berpuasa.

Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

MySpace

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.

Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

MySpace

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.

Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

MySpace

4. Aktif bersukan.

Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

MySpace

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.

Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.


selamat mencoba la yekk....hihi bapak aku siap kenekan syarat...die x mo ade mnantu isap rokok...nasebler si dia dh berenti setelah dipaksa oleh aku nih..kakakka

MySpace



3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...